Friday 30 November 2012

breakfast kami di pagi sabtu

Asslamualaikum semua. Sorry ler lambat menhupdate blog hari ni (perasan macam ramai ler orang dok baca blog ibu). Untuk breakfast pagi ni ibu buat roti jala dan kuah durian. Sudah kepingin lama nak makan roti jala dengan kuah durian hari baru ada kelapangan untuk membuatnyer. Mr.Sirpool pulak request nak makan pulut durian. Kebetulan hari ini ada pak ndak ngan pak jang kat rumah kami. So ibu pon turutkan jer la permintaan Mr. Sirpool tu.

Roti jala dan  kuah durian.
Roti jala ibu hari ini. Resepinyer mudah jer. Tepung gandum, 1 biji telur, sedikit pewarna kuning, air, sedikit garam dan sedikit gula. Satukan semua kemudian masukkan ke dalam blander dan bland kemudian tapis. Panaskan kuali leper. sapukan sedikit minyak pada kuali leper, amik adunan tadi masukkan dalam acuan roti jala dan layangkan di atas kuali leper buat seperti jala.Sekejap jer roti ni masak,angkat dan lipatkan ikut citarasa anda.
Kuah durian.

Cara untuk membuat kuah durian ni pulak sangatlah mudah. cuma campak-campak jer. Amik santan pekat,daun pandan, kemudian masukkan isi durian yang telah dibuang bijinyer masukkan garam dan gula ikut citarasa masing-masing kedalam periuk dan  masakkan di atas api yang sederhana. Untuk memekatkan kuah masukkan sedikit tepung gandum.Biarkan mendidih ..boleh la dihidang.
Menu kedua untuk breakfast pagi ni ialah Pulut Durian request dar Mr.Sirpool.Ni adalah salah satu feberet dia. Pulut yang dimakan bersama durian,santan dan gula.Orang Kedah memang suka Pulut durian untuk menyerok. Mula kawen dulu ingatkan apa la menyerok ni, ayah mertua ajak menyerok. Pastu ayah cakap jangan dok pi menyorok pulak.  Untuk yang tak tau apa itu menyerok maksudnyer sarapan pagi dalam bahasa kedah. dalam hati time tu dok tertanya-tanya naper la ayah suruh menyorok pulak pagi-pagi buta ni. hihihikk..


Sekian....

Thursday 29 November 2012

Penang Hill @ Bukit Bendera

Morning semua...morning lagi ler kan baru jer kul 11.30pagi. Sekarang ni kan musim cuti sekolah, apa lagi ibu bapa pon sibuk la membawa anak-anak bercuti termasuk la ibu. Walaupon anak masih tak ker sekolah tapi sibuk jugak ibu nak bawa anak-anak ibu berjalan-jalan.Kebetulan cuti deepavali hari tu kakak ipar ibu dari kajang mai umah. So kena la bawak depa berjalan-jalan. so keesokkan harinyer Ibu bawa kakak ipar ibu dengan familynyer pi pusing- pusing penang. Ibu cadangkan kami pi Penang Hill @ Bukit Bendera.Kami pon bertolak pi Bukit Bendera, sampai disana orang tak payah cakap la punyer la ramai, kena beratur panjang samapi keluar, sudah la cuaca hari tu panas terik, berpeluh-peluh ibu dibuatnyer.

Ini dihadapan Penang Hill. Ibu first time menjejakkan kaki disini, walaupon  dilahirkan dan dibesarkan di penang..siankan kat ibu..

Bukan main suka budak-budak ni bila cakap nak naik train.
Panas giler masa ni, merenggek-renggek anak sedara ibu si awina sebab tak selesa. Selepas beli tiket kami pon kena la beratur menunggu train. Maka kami pon beratur  dalam keadaan yang agak panas. Bila dah dapat masuk dalam bangunan grey tu kurang la sket panasnyer..tapi still berpeluh sebab ramai sangat orang.



Inila rupa train yang kami semua tunggu untuk naik ke Bukit Bendera. Gamabr ni ibu amik daripada encik Google jer sebab ibu tak sempat nak amik gambar, Anna merenggek.
Harga tiket untuk naik ke atas hanya RM 8.00 untuk dewasa, untuk bibik RM 30.00 kalau tak silap.
Selepas lebih kurang 5 minit, sampai la ke puncaknyer.

Nica bergambar di puncak Bukit Bendera. Kat atas ni kita boleh nampak seluruh Pulau Pinang. sangat-sangat la cantik. Kat atas ni jugak disediakan teropong untuk melihat pemandangan dengan harga 50 sen.

Pemandangan yang boleh kita lihat, boleh nampak Jambatan pulau pinang, laut dan macam-macam lagi.

 
 Tengah melihat pemandangan . Bukan main muka teruja si tecik ibu tu.

Ayah dan nica.Mana boleh pisah ikut jer montot ayah dia kemana sajer.
Ini pulak buaian dihadapan Cafe bukit bendera. Kat dalam cafe ni ada pelbagai kedai makan dan kedai-kedai jual cenderahati dan baju. Ibu beli baju untuk nica dan ana untuk kenangan. Kakak ipar ibu punyer la banyak memborong baju kenangan di Bukit Bendera.

Ini la suasana kat dalam cafe. Hari tu kakak ipar  ibu yang sponsor semua dari tiket, makan, transport semua ditaja oleh nyer.. Tima kasih yer kak umie, lain kali belanja lagi :P


Dekat atas puncak bukit bendera ni ada OWL Museum, macam- macam patung Owl ada dipamer dan jugak dijual  disini. Bayaran untuk masuk ke sini Rm 10 bagi dewasa, kanak-kanak percuma.  Ibu masuk dengan nica jer, Husband tak nak masuk. Museum ni tak la sebesar museum yang kita selalu masuk. lebih kurang dalam tiga bilik jer keluasanyer. Budak-budak pasti suka. Nica pada awalnyer bukan main riang ria berposing untuk amik gambar. Tup...tup.. masa tengah amik gambar dia ternampak Owl sebenar di TV tengah bergerak dengan mata yang bulat  terus dia melalak..kuat pulak tu . ibu Jom kuar...kakak takut. Habis satu musem dengar suara dia. Dia punyer la takut lari peluk ibu sampai terhantuk kamera kat mulut. Berdarah la mulut dia. Sian anak ibu, nasib baik darah kuar sekejap jer. Terus cepat-cepat bawa dia kuar.

Ini patung-patung Owl yang dijual. saper yang berminat boleh la beli.


Masa keluar dari museum tak nampak ayah dengan Kak umie. Mana pulak la depa pi, merenggek la si nica ni cari ayah dengan kak Lala (sepupu nica). Ibu call ayah depa tengah naik kereta ala ala kereta kat padang golf tu pusing-pusing puncak bendera. Maaf la yer ibu terlupa nama kereta tu.

Muka nica lepas aksi menangis, nak beli Grass Hopper ni pulak. Seekor RM 2. Grass Hopper ni diperbuat daripada daun Nyior (kelapa) . Memang kreatif orang yang membuat ni. Tak perlukan modal just memerlukan kreativiti jer. Benda ni pon boleh buat bisnes. Itulah orang cakap di mana ada kemahuan di situ ada jalan.


Lepas beli Grass Hopper Tiga orang anak dara ni ternampak la pulak kedai melukis inai. Apa lagi pakat excited la nak melukis inai. Semua pakat hulur tangan nak lukis inai. Ini la hasilnyer. Sebelah tangan RM 5. Okey la..sekian dulu yer kawan-kawan..dah panjang lebar citer untuk hari ini. jumpa lagi yer.










Wednesday 28 November 2012

Happy Besday Abang

Assalamualaikum...kesian sungguh blog ibu ni hanya berhupdate seminggu sekali agaknyer sekarang ni.  Dulu masa-masa mula berblog kan main rajin menghupdate boleh dikatakan setiap hari update. Pejam celik pejam celik sekejap jer rasanyer dah bulan November dah hujung tahun. Bulan November ni adalah bulan yang special untuk my husband kerna dilahirkan dalam bulan november. Pada 13 November 2012 lepas genaplah umur my husband 30 an..Hihikk dah tua. Selamat hari Ulangtahun Abang..sayang doakan semoga abang dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu serta menjadi seorang suami & ayah yang penyanyang untuk sayang dan anak-anak. Sempena besday my husband, ibu dengan nica dan pan ndak berpakat pi beli kek senyap-senyap dan sorokkan dalam bonet kereta. Nasib baik nica pon boleh tutup mulut  hihihikk..Klu ikut hati nica nampak ajer muka ayah terus nak bagitau ibu beli kek besday, tapi ibu kata shhhhhhhh...nanti baru bagitau . So dengan sabarnyer nica pon diam ler  menurut perintah ibu..hihihikk..good girl.tepat jer jam 12.00 malam, ibu panggil my husband suruh turun ke bawah kejap. Konon-konon macam ada benda penting jer, my husband macam nak marah la jugak sebab dia baru nak lelapkan mata diganggu pulak. Hihiikk..suka-suka boleh kenakan dia, Bila dia jenguk kat tangga ibu cakap Happy Besday .....terus tersipu-sipu senyum malu, sebab orang buat suprise kat dia. Hahaha...macam-macam alasannyer dah kenyang la, pakai seluar pendek la tak malas nak tukar untuk gambar...tu sebab nak cover malu la tu :P

Ni ha kek yang ibu  dan nica pilih. Kek Blueberry coklat. Cantikkan kek tu dan sedap. rasanyer.
Sambutan malam tu just secara kecil-kecilan jer. Ibu, husband, nica, ana dan pak ndak (adik husband).
Malam tu pak ndak belanja satay ayam. Boleh tahan sedap satay ni. Pak ndak beli kat kulim.Thanks yer nica dan pak ndak kerana sudi berpakat dengan ibu malam tu. Sekian...

Wednesday 21 November 2012

Focus Point

Selamat petang semua..walaupon keja bertimbun ibu masih curi-curi masa menghupdate blog...hihihiikk. Takper kejap lagi sambung balik buat keja. Dah tak larat ibu fikir nak mengarang surat ni, rileks sebentar untuk tenangkan minda, mana tau kot-kot lepas menghupdate blog idea datang mencurah-curah untuk mengarang surat :P. Ini semua alasan jer jangan ikut tau. Mr. Sirpool ajak ibu ikut dia ke focus point untuk beli sun glasses.  So ibu pon dengan anak-anak ikut la ke Tesco Kulim di mana kedai Focus Point berada. Bila sampai kedai tu kita pon tinjau-tinjau la yang mana berkenan di hati.

Ibu tak berapa nak boleh fokus  sangat pada cermin mata yang ada disitu. Ibu terpaksa fokus pada 2 orang budak kecil yang sibuk berlari di dalam kedai. Mau nyer dia tarik cermin mata yang dipamer tu mamposs kopak poket ibu nak ganti. So biarkan Mr. Sirpool saje yang memilih.
Nampak tu budak kecil yang memakai baju warna krim di mana dia berada. Cuba ampa cari. Tu nampak di celah-celah kabinet. Oh Anna..Malam tu kakak ok Good.
Mr.Sirpool tengah mengisi borang apa ntah, ibu just amik gambar dari jarak jauh jer kerana sibuk dengan budak kecil yang memakai baju krim.Nampak gambar atas tu nampak kepala jer Anna.hahaha

Okey ini la hasil pilihannyer..dalam hati Mr.Sirpool ni mesti dok kata hensem-hensem, ni kalau bawak motor pi konvoi perghhh..memang best, bergaya habis  dah macam artis . Tul tak Mr. Sirpool?  Mr. Sirpool dah confirm pilih yang ini, sekarang pilihan ibu pulak..lalalala...
Agak-agak dalam banyak-banyak cermin mata yang mana pilihan hati ni. Ermm...selepas pilih punya pilih..ibu pon amik sun glasses Bonia. Dah tak sanggup nak memilih banyak sangat, pinau biji mata ibu ni.

Ini la Sun Glasses baru ibu...biasa-biasa jer. Malam tu bukan satu cermin mata ibu sambar tapi 2..Agak tamakkan bunyinyer... hihikk . Ada aku kesah.dah alang-alang Mr. Sirpool nak belanjakan, Stambah satu lagi sebab tengah ada diskaun..hihihikk..
 Ini la cermin mata yang baru..lalalala, dah macam cikgu besaq rupanyer..Ibu ni sebenarnyer seorang yang sensitif pada cahaya nak-nak pula drive ketika waktu malam dan hujan memang bawa keta macam kura-kura la jawabnyer kalau tak der cermin mata. Kalau waktu pagi pulak masa matahari tengah naik mau meleleh air mata disebabkan silau. Tapi ibu malas nak pakai cermin mata, rasa rimas pon ada dan rasa diri skema, hahaha...so untuk tidak membiarkan tahap silau meningkat lagi terpaksa la jugak pakai cermin mata. Terima kasih banyak-banyak yer abang ( Mr.Sirpool) sebab belanja ibu..Sayang abang selalu (ayat membodek) :P. Next year nak lagi..







Tuesday 20 November 2012

Sedut nebulizer lagi

Assalamualaikum semua.Haraf maaf yer dah lama rasenyer blog ni tak berhupdate. Rasanyer tak berkesempatan nak menghupdate. Hari ini ada masa sedikit bleh ibu curik-curik menghupdate blog. Minggu lepas ibu bercuti seminggu untuk bawa anak-anak berjalan-jalan dan balik ke kampung. Semalam baru mula bekerja, nak pi opis pon hati dok teringat kat umah. Mana idak nyer selepas balik dari kampung nica demam, selesema dan batuk-batuk. Disebabkan cuti ibu tinggal 3 hari jer lagi terpaksa ler bekerja.   Nasib baik ayah kerja malam so waktu siang dia ada kat umah. Masa kat opis ayah call suruh balik amik nica bawa pi klinik, cirit birit pulak.  balik umah dan amik nica bawa ke kLInik Dr. Jammy Suzana di Transkrian. Itu la klinik panel yang layanan Dr. Jammy Suzana memang terbaik. Masa check up Dr. Jammy cakap cirit birit tu biasa kalau kena demam sebab badan panas tetapi kahak banyak dan dia cakap nak kena sedut nebulizer (gas). So sekali lagi terpaksa la nica sedut nebulizer untuk cairkan kahak. Last buat masa bulan puasa hari tu.

Tengah sedut nebulizer sempat lagi main game. Ini gambar pagi semalam.


Gambar ni pulak masa bulan puasa lepas. Batuk sampai tiga minggu tak baik-baik. Tengok tu boleh main-main lagi.nica..nica..



Ibu doakan anak ibu cepat sembuh.Sekian..




Thursday 8 November 2012

safety shoes punyer pasal




Ini bukan iklan minyak atau sewaktu dengannyer. Minyak angin cap perahu ni la ibu gunakan semalam untuk disapu pada jari jemari kaki ibu yang membengkak disebabkan seharian memakai safety shoes yang cantik itu. Huhuhu..tak pasal-pasal semalaman ibu bau minyak angin.
 Selepas ibu menanggalkan safety shoes ibu dah rasa sesuatu yang tak kena. macam ada rasa sakit sikit si bahagian jari jemari kaki ibu. Ibu tak layan kan sangat perasaan tu dan teruskan bekerja. dah malam baru perasan, jari jemari kaki ibu dah mula membengkak.
 Ni ha rupanyer.dah montel-montel jadinyer. Amik minyak angin dan sapu.
 Nasib baik keesokkan paginyer jari jemari ibu dah okey.
 Ini la penyebab jari jemari ku membengkak. Baru 2 kali pakai. takkan nak buang. Sayang ooo...udah ler beli mahal. Rasanye nanti kena pakai stokin yang lebih tebal.huhuhu..






Makan malam di Opis Ibu


Salam semua..Ibu harap semuanyer sihat sokmo yer. Entry ni sebenarnyer dok terpendam jer dalam blog ibu kerna tak der masa nak menghupdate disebabkan kesibukan yang melampau.  Pada 29 oktober 2012 opis ibu adakan majlis makan malam untuk staff dan keluarga. Just makan malam yang simple untuk mengeratkan silaturahim. Malam tu ada la acara untuk semua ibu bapa dan tak lupa jugak ada acara untuk anak-anak. Ibu pujuk nica untuk join pertandingan mewarna. Nica macam biasa la pemalu giler. Ibu just nak bagi biasa dengan orang tak menang pon tak per. JOm kita tengok ada la sikit gambar yang sempat ibu snap pada malam tu.

 Gambar tak berapa cantik disebabkan adik Ana kacau. Nica sedang menanti gambar yang hendak diwarna.
 Ramai jugak malam tu budak-budak yang join pertandingan mewarna.
 Lepas tu urusetia meminta semua ibu bapa diminta keluar. Nasib baik la ibu bleh kowtim dengan urusetia, kalau ibu keluar ni mau meraung si nica. Dia bukan boleh berengang. So ibu dengan Anna temankan nica.
 Ana rileks jer tengah menunggu kakak. Walaupon gambar ni kabur nak letak jugak.sebab nampak comei.
 Seisi mewarna dah bermula.


 Dah macam-macam warna nica letak. Ikut suka la nica..janji kamu mau kaler sehingga habis.
 dah nak siap.okeyla nica.tak menang pon takper ibu tak marah.

 Sementara kat luar pulak ayah dengan Pak ndak tengah join pertandingan membaling bola ping pong.

Ayah tengah mengambil bola untuk dibaling kepada pak ndak.

 Pak Ndak dah berpeluh-peluh. Baru lepas main. Yang bestnyer depa berjaya mendapat tempat ke-3. Jadilah..

Music chair.
 Ibu dengan untie Linda.

 Ni la hadiah tempat ketiga. dapat hamper.Banyak coklat dalam ni.suka-suka..

Zoom dekat sikit..nombor 3.
Ini pulak hadiah saguhati untuk nica. Ibu pon dapat hadiah juga untuk cabutan bertuah dapat mangkuk tingkat :P