Wednesday 12 December 2012

Kuala Perlis

Assalamualaikum semua..Hari ni tarikh yang cukup cantik 12.12.12.Agak kekok hari ni nak menaip sebab dah lama tak update. Gambar ni dah agak lama terperap dalam draf ibu. Tak dak mood nak menghupdate. Satu petang di Kuala Perlis kami mencari-cari makanan untuk mengisi perut yang lapar. Dari umah ibu mertuaku tak jauh pon untuk ke Kuala Perlis dalam 20 minit jer.

Pak Ndak pon balik kampung jugak join kami petang tu ke Kuala Perlis. Anna dengan Pak Ndak.
Nica tengah tunggu makanan.
Sotong celup tepung dan satay. Menu lain kami makan laksa dan koy teow goreng. Laksa kali ni kureng sikit sebab dia guna laksa yang saiz kecil. Tak puas rasanyer nak menelan.
Macam biasa gambar tuan empunyer blog tengah makan satay.
Satay ayam.
 Datuk Zack dengan anak-anak. Yang kat hujung tu Bapa mertuaku.
 Pas habis makan-makan..Budak-budak ni ternampak pulak ada kereta kuda. Nica mula-mula takut, siap tarik-tarik kain tok lagi tak mau pi dekat kuda.Takutttt....sekali dia nampak Kak Lala dia nak naik kereta kuda terus nak ikut. Masa mula-mula takut kan main. Bila dah naik sampai dua round. Masa ibu dgn kak umie naik kereta kuda ni terasa macam model pulak hahahaa (ayat perasan) . Mana idaknyer semua kereta yang sedang bergerak perlahan memerhati ke arah kami.
Sian Anna nak ikut kakak naik kereta kuda. Bergilir-gilir si Anna dengan Aweena menagis. Round kedua ingat ibu ngan Kak umie jer nak naik bawa anna dan aweena tapi Nica and the geng nak ikut sekali lagi..hahahaha..
Yang berdiri hujung sekali tu Bibik, yang tudung purple tu ibu mertuaku yang sempoi, ibu dan kak umie.Ok sekian dulu untuk hari ini..Tata..

Sunday 2 December 2012

Lepak-lepak @ Penang


Ini adalah sambungan cerita di Bukit bendera. Lepas turun Bukit Bendera kami pon menuju ke Pantai Queensbay. Lepak-lepak sambil makan KFC. Nak masuk dalam shopping mall malas, penat sangat rasanyer. Penat beratur kat Bukit Bendera.

Kalau kita dok kat sini boleh nampak pantai jerejak, orang main layang-layang. Kat sepanjang jalan pulak ada macam-macam makanan dijual.
Orang yang bertanggungjawab bawa kami jalan-jalan. Thanks yer Datuk Zack, sebab bawa kami jalan-jalan dan belanja makan.
Peace daripada kak Umie dan Atilia yang Chomell.
Nica yang sangat lapar.
Berselera sungguh si Chomell ni.
layang-layang sapa ntah ibu snap jer gambar.
Nica Dan Atilia.
My husband (MR.Sirpool) with Datuk Zack. Suka tengok gambar ni. Nampak cam kat oversea..hahaha (ayat perasan). Oversea la kan ..dari seberang ke pulau.
Masing-masing muka dah comot, seharian tak mandi. Berposing dengan bibik. Lepas lepak kat Pantai Queensbay  datuk Zack cakap nak makan nasi kandar. So kami pun menuju ler ker Bukit Jambul ke Kayu Nasi kandar.

Ini adalah pinggan Mr.Sirpool. Nasi kandar dengan kari ayam kot. Sedap jugak ibu rasa sikit jer sebab kenyang lagi.
Pak Ndak ngan Nini pon join kami malam tu. Pas balik keja terus ke Pulau Join kami.
Anna dengan ayahnyer.

Mr. Sirpool suruh order roti tisu. Bila sampai, Mak aiii...memang tinggi giler roti tisu ni. Kena letak atas tiga pinggan sebab panjang sangat. Sangat sedap ranggup dan manis. Budak-budak bukan main suka la.
Ermm...sangat sedap.

 Ini pulak Roti nan yang ibu order. ermm, boleh tahan la sedapnyer...Asyik citer pasal makan jer ibu ni, mana tak gebu badan ni...okeyla jumpa lagi yer..









Friday 30 November 2012

breakfast kami di pagi sabtu

Asslamualaikum semua. Sorry ler lambat menhupdate blog hari ni (perasan macam ramai ler orang dok baca blog ibu). Untuk breakfast pagi ni ibu buat roti jala dan kuah durian. Sudah kepingin lama nak makan roti jala dengan kuah durian hari baru ada kelapangan untuk membuatnyer. Mr.Sirpool pulak request nak makan pulut durian. Kebetulan hari ini ada pak ndak ngan pak jang kat rumah kami. So ibu pon turutkan jer la permintaan Mr. Sirpool tu.

Roti jala dan  kuah durian.
Roti jala ibu hari ini. Resepinyer mudah jer. Tepung gandum, 1 biji telur, sedikit pewarna kuning, air, sedikit garam dan sedikit gula. Satukan semua kemudian masukkan ke dalam blander dan bland kemudian tapis. Panaskan kuali leper. sapukan sedikit minyak pada kuali leper, amik adunan tadi masukkan dalam acuan roti jala dan layangkan di atas kuali leper buat seperti jala.Sekejap jer roti ni masak,angkat dan lipatkan ikut citarasa anda.
Kuah durian.

Cara untuk membuat kuah durian ni pulak sangatlah mudah. cuma campak-campak jer. Amik santan pekat,daun pandan, kemudian masukkan isi durian yang telah dibuang bijinyer masukkan garam dan gula ikut citarasa masing-masing kedalam periuk dan  masakkan di atas api yang sederhana. Untuk memekatkan kuah masukkan sedikit tepung gandum.Biarkan mendidih ..boleh la dihidang.
Menu kedua untuk breakfast pagi ni ialah Pulut Durian request dar Mr.Sirpool.Ni adalah salah satu feberet dia. Pulut yang dimakan bersama durian,santan dan gula.Orang Kedah memang suka Pulut durian untuk menyerok. Mula kawen dulu ingatkan apa la menyerok ni, ayah mertua ajak menyerok. Pastu ayah cakap jangan dok pi menyorok pulak.  Untuk yang tak tau apa itu menyerok maksudnyer sarapan pagi dalam bahasa kedah. dalam hati time tu dok tertanya-tanya naper la ayah suruh menyorok pulak pagi-pagi buta ni. hihihikk..


Sekian....

Thursday 29 November 2012

Penang Hill @ Bukit Bendera

Morning semua...morning lagi ler kan baru jer kul 11.30pagi. Sekarang ni kan musim cuti sekolah, apa lagi ibu bapa pon sibuk la membawa anak-anak bercuti termasuk la ibu. Walaupon anak masih tak ker sekolah tapi sibuk jugak ibu nak bawa anak-anak ibu berjalan-jalan.Kebetulan cuti deepavali hari tu kakak ipar ibu dari kajang mai umah. So kena la bawak depa berjalan-jalan. so keesokkan harinyer Ibu bawa kakak ipar ibu dengan familynyer pi pusing- pusing penang. Ibu cadangkan kami pi Penang Hill @ Bukit Bendera.Kami pon bertolak pi Bukit Bendera, sampai disana orang tak payah cakap la punyer la ramai, kena beratur panjang samapi keluar, sudah la cuaca hari tu panas terik, berpeluh-peluh ibu dibuatnyer.

Ini dihadapan Penang Hill. Ibu first time menjejakkan kaki disini, walaupon  dilahirkan dan dibesarkan di penang..siankan kat ibu..

Bukan main suka budak-budak ni bila cakap nak naik train.
Panas giler masa ni, merenggek-renggek anak sedara ibu si awina sebab tak selesa. Selepas beli tiket kami pon kena la beratur menunggu train. Maka kami pon beratur  dalam keadaan yang agak panas. Bila dah dapat masuk dalam bangunan grey tu kurang la sket panasnyer..tapi still berpeluh sebab ramai sangat orang.



Inila rupa train yang kami semua tunggu untuk naik ke Bukit Bendera. Gamabr ni ibu amik daripada encik Google jer sebab ibu tak sempat nak amik gambar, Anna merenggek.
Harga tiket untuk naik ke atas hanya RM 8.00 untuk dewasa, untuk bibik RM 30.00 kalau tak silap.
Selepas lebih kurang 5 minit, sampai la ke puncaknyer.

Nica bergambar di puncak Bukit Bendera. Kat atas ni kita boleh nampak seluruh Pulau Pinang. sangat-sangat la cantik. Kat atas ni jugak disediakan teropong untuk melihat pemandangan dengan harga 50 sen.

Pemandangan yang boleh kita lihat, boleh nampak Jambatan pulau pinang, laut dan macam-macam lagi.

 
 Tengah melihat pemandangan . Bukan main muka teruja si tecik ibu tu.

Ayah dan nica.Mana boleh pisah ikut jer montot ayah dia kemana sajer.
Ini pulak buaian dihadapan Cafe bukit bendera. Kat dalam cafe ni ada pelbagai kedai makan dan kedai-kedai jual cenderahati dan baju. Ibu beli baju untuk nica dan ana untuk kenangan. Kakak ipar ibu punyer la banyak memborong baju kenangan di Bukit Bendera.

Ini la suasana kat dalam cafe. Hari tu kakak ipar  ibu yang sponsor semua dari tiket, makan, transport semua ditaja oleh nyer.. Tima kasih yer kak umie, lain kali belanja lagi :P


Dekat atas puncak bukit bendera ni ada OWL Museum, macam- macam patung Owl ada dipamer dan jugak dijual  disini. Bayaran untuk masuk ke sini Rm 10 bagi dewasa, kanak-kanak percuma.  Ibu masuk dengan nica jer, Husband tak nak masuk. Museum ni tak la sebesar museum yang kita selalu masuk. lebih kurang dalam tiga bilik jer keluasanyer. Budak-budak pasti suka. Nica pada awalnyer bukan main riang ria berposing untuk amik gambar. Tup...tup.. masa tengah amik gambar dia ternampak Owl sebenar di TV tengah bergerak dengan mata yang bulat  terus dia melalak..kuat pulak tu . ibu Jom kuar...kakak takut. Habis satu musem dengar suara dia. Dia punyer la takut lari peluk ibu sampai terhantuk kamera kat mulut. Berdarah la mulut dia. Sian anak ibu, nasib baik darah kuar sekejap jer. Terus cepat-cepat bawa dia kuar.

Ini patung-patung Owl yang dijual. saper yang berminat boleh la beli.


Masa keluar dari museum tak nampak ayah dengan Kak umie. Mana pulak la depa pi, merenggek la si nica ni cari ayah dengan kak Lala (sepupu nica). Ibu call ayah depa tengah naik kereta ala ala kereta kat padang golf tu pusing-pusing puncak bendera. Maaf la yer ibu terlupa nama kereta tu.

Muka nica lepas aksi menangis, nak beli Grass Hopper ni pulak. Seekor RM 2. Grass Hopper ni diperbuat daripada daun Nyior (kelapa) . Memang kreatif orang yang membuat ni. Tak perlukan modal just memerlukan kreativiti jer. Benda ni pon boleh buat bisnes. Itulah orang cakap di mana ada kemahuan di situ ada jalan.


Lepas beli Grass Hopper Tiga orang anak dara ni ternampak la pulak kedai melukis inai. Apa lagi pakat excited la nak melukis inai. Semua pakat hulur tangan nak lukis inai. Ini la hasilnyer. Sebelah tangan RM 5. Okey la..sekian dulu yer kawan-kawan..dah panjang lebar citer untuk hari ini. jumpa lagi yer.










Wednesday 28 November 2012

Happy Besday Abang

Assalamualaikum...kesian sungguh blog ibu ni hanya berhupdate seminggu sekali agaknyer sekarang ni.  Dulu masa-masa mula berblog kan main rajin menghupdate boleh dikatakan setiap hari update. Pejam celik pejam celik sekejap jer rasanyer dah bulan November dah hujung tahun. Bulan November ni adalah bulan yang special untuk my husband kerna dilahirkan dalam bulan november. Pada 13 November 2012 lepas genaplah umur my husband 30 an..Hihikk dah tua. Selamat hari Ulangtahun Abang..sayang doakan semoga abang dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu serta menjadi seorang suami & ayah yang penyanyang untuk sayang dan anak-anak. Sempena besday my husband, ibu dengan nica dan pan ndak berpakat pi beli kek senyap-senyap dan sorokkan dalam bonet kereta. Nasib baik nica pon boleh tutup mulut  hihihikk..Klu ikut hati nica nampak ajer muka ayah terus nak bagitau ibu beli kek besday, tapi ibu kata shhhhhhhh...nanti baru bagitau . So dengan sabarnyer nica pon diam ler  menurut perintah ibu..hihihikk..good girl.tepat jer jam 12.00 malam, ibu panggil my husband suruh turun ke bawah kejap. Konon-konon macam ada benda penting jer, my husband macam nak marah la jugak sebab dia baru nak lelapkan mata diganggu pulak. Hihiikk..suka-suka boleh kenakan dia, Bila dia jenguk kat tangga ibu cakap Happy Besday .....terus tersipu-sipu senyum malu, sebab orang buat suprise kat dia. Hahaha...macam-macam alasannyer dah kenyang la, pakai seluar pendek la tak malas nak tukar untuk gambar...tu sebab nak cover malu la tu :P

Ni ha kek yang ibu  dan nica pilih. Kek Blueberry coklat. Cantikkan kek tu dan sedap. rasanyer.
Sambutan malam tu just secara kecil-kecilan jer. Ibu, husband, nica, ana dan pak ndak (adik husband).
Malam tu pak ndak belanja satay ayam. Boleh tahan sedap satay ni. Pak ndak beli kat kulim.Thanks yer nica dan pak ndak kerana sudi berpakat dengan ibu malam tu. Sekian...