Wednesday 26 September 2012

Lunch @ Secret recepie Parit Buntar

Sudah agak lama rasanyer ibu tidak makan dekat Secret Recepie. Selalunyer ibu hanya tapau kek untuk aneesa dan anna. Seingat ibu semasa mengandungkan aneesa memang suka betul ibu dengan Secret Recepie dan Pizza Hut. Kebetulan hari gaji kan, kawan ibu ajak teman kan dia beli barang-barang keperluan harian kat Parit Buntar. Setelah selesai membeli rasa macam lapar. Apalagi kami pon berfikir-fikir la nak makan apa dan berpusing-pusing area tu mencari kedai makan akhirnyer kami amik keputusan makan dekat Secret Recepie ni.   

Untuk pengetahuan semua sekarang ni tengah ada promosi tau. Set untuk Lunch hanya 16 Hengget termasuk minuman Ice Lemon tea. Set Lunch yang terdiri daripada Curry Mee, Thai Seafood Spagethi dan Grilled Black Paper Chicken.
 Untuk minum petang pon tengah ada promosi tau.

Menu pilihan ibu hari tu ialah Curry mee. banyak gile mee dia. Boleh makan 2 orang. memang terbaiks la.
 Ibu yang semakin membesar bak Dugro. Makan tak ingat semua nak hentam macam mana tak membesar bak Dugro.
 Yang ini pula pilihan Lienda. Grilled Black Paper Chicken. Makanan yang simple dan sedap.
 Lienda tengah menghayati makanannyer. Sampai pejam-pejam mata.punyer la sedap.

 Dan akhirnyer licin. Nampak tu mangkuk ibu. Mee ni bukan ibu makan sorang tau. Kongsi ngan Lienda sama.
 Jom kita tengok pinggan Lienda pulak. hihikk..
Ini pulak Kek Tiramisu untuk Aneesa dan Anna.


No comments:

Post a Comment