Tetiba malam ni rajin pulak ibu update blog di tengah malam. Macam biasa lepas balik dari Opis kena jemput dua anak dara ibu dekat rumah Opah, lepas tu baru la balik rumah. Nica dah bersuara ajak pergi tesco nak main2.Dah dekat 2 minggu kita tak ke Tesco kan. So lepas singgah umah opah, siap-siap mandi dan solat amik ayah pulak kat rumah. Dah macam driver ibu ni.Kebetulan ayah cuti hari ini so layan jer dua anak dara tu. Kami pon bertolak ke Tesco Kulim. Lepas puas anak-anak bermain dan ibu membeli barangan dapur. Kami pon mencari kedai makan. Mula-mula nak makan Char koi teow..tapi last minit berubah ke kedai dibawah ni. Kedai Abang E Capati, kedai ni memang terkenal area kulim dengan capati, roti arabnyer dan karinya. Ada kari ayam dan kari daging. memang sangat-sangat sedap kari kat sini.
Ni la kedai yang ibu maksudkan. Dekat sini selain menjual capati ada jugak roti jala, makanan goreng2 dan nasi ayam. Order sahaja. Menu pilihan ibu malam ni simple jer roti arab dan kari ayam. Untuk anak-anak, ibu mintak kuah dal. Kuah dal tak la pedas. Si nica tu bukannyer tahan pedas, karang menjerit-jerit pulak kalau kasi kari ayam.
Roti Arab yang super sedap.
Untuk partner roti arab mesti la kari ayam yang sedap ini.
Dan kuah dal untuk anak-anak ibu.
Nasi ayam pulak pilihan ayah nica dan anna. katanye sehari tak menjamah nasi. kelaparan tahap gaban la tu.
Ini pulak gambar anak -anak dara ibu sedang menjamah makanan.
Sekian untuk acara makan-makan malam ni...
No comments:
Post a Comment