Salam semua ..rasanyer dah seminggu ibu tak menghupdate blog ni disebabkan kesibukan dengan hari raya Aidiladha..Persediaan Hari Raya nak kena buat, pastu kena kemas barang untuk balik ke kampung, bila dah sampai kampung sibuk pulak berhari raya dan melayan tetamu. Kesian blog ibu sampai tak sempat diupdate.. Ibu cuti dari hari khamis sampai ahad. Dalam mood berhari raya hari isnin dah kena pergi berkrusus pulak di USM Penang. Awal-awal pagi dah kena bangun. Nasib baik Mr. Sirpool benarkan ibu bermalam di rumah opah sahaja disebabkan keesokkannyer tak perlu kejut nica dan anna awal-awal pagi, bangun dan siap-siap pergi berkursus. Ibu kena berkursus selama 2 hari setengah jer pon..Tapi perjalanan ke Pulau Pinang yang meletihkan disebabkan kesesakan di jambatan Pulau Pinang.
Teringat zaman muda remaja dulu dok menunggang motosikal ker USM buat pratikal. Memang dasyat time tu merempit tak ingat meredah panas, hujan segala bersama kawan. tengah-tengah hujan pon bawa motor pergi kerja disebabkan takut kena marah. sampai opis habis basah kuyup. Pastu pergi tukar baju dan terus berkerja. Waktu lunch pergi main bowling kat BJ kompleks.sebab time tu tak tau nak buat apa.
Lepas tu teringat satu lagi kenangan selepas setahun melahirkan aneesa ibu mendapat kerja baru dan dinaikkan pangkat. Syukur Alhamdulillah. Bila dapat surat ibu perlu melaporkan diri di SUK di KOMTAR penang kemudian di tempatkan di ibu pejabat jkr penang. Selepas beberapa bulan berkerja di KOMTAR ibu mengandungkan Anna dan perlu berulang alik ke KOMTAR penang setiap hari. Hanya tuhan jer yang tahu, awal pagi dah kena bangun dan dengan perut memboyot, drive selama 50minit ke opis dengan memandu kereta manual menempuh kesesakan lalulintas. Selepas sampai di KOMTAR perlu mencari parking, dengan harga parking yang agak mahal sehari RM 5.50. Lepas tu berjalan menuju lif dan berebut-rebut naik lif. Bayangkan dengan keadaan perut yang memboyot. Memang hari-hari tercunggap-cunggap. Selepas Office hour jalan cepat-cepat sebab takut terperangkap dalam kesesakan dan macam biasa amik kereta drive pulang ke rumah selama 50 minit lagi. Sampai rumah kena memasak dan melayan karenah anak pula.Memang penat. Hanya tuhan yang tahu. Masa tu sedih sangat-sangat sentiasa ibu berdoa dapat bertukar ke seberang secepat yang mungkin. Penat dari pelbagai sudut kewangan , badan , masa dan sewaktu dengannya. Memang masa tu masa kepada suami dan nica memang sangat-sangat terhad. Dalam masa yang sama ibu diuji dengan ujian yang cukup besar dan sangat memeritkan bagi ibu. Boleh dikatakan setiap hari air mata mengalir mengenangkan ujian yang Allah berikan kepada ibu sehingga berat badan ibu susut 10kg. Masa itu ibu hanya mampu berdoa dan berserah .masa tu ibu ingat setiap ujian yang Allah beri kepada hambanya adalah disebabkan Allah sayang kepada hambanya. Firman Allah SWT "Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai denggan kesanggupannya"(QS Al-Baqarah: 286). Biarlah ujian itu menjadi rahsia...
Syukur Alhamdulillah sekarang ibu telah ditukarkan ke seberang...Opis dekat jer dengan rumah. Dari rumah amik masa hanya 5-7 minit jer ke opis. Masa dengan keluarga pon dah ada sekarang. Alhamdulillah..syukur sangat-sangat doa ibu dimakbulkan juga.Okey cukupla sampai di sini...hambik kau berjela entry hari ni..
Dekat saja kan rumah. Dulu time rehat ibu main bowling ye ? Sekarang waktu rehat ibu pergi mana ? :)....
ReplyDeleteIda Syarida : sekarang time rehat kalau tak balik umah tgk anak-anak , ibu tido kat surau :P
ReplyDelete