haii..semua hari ibu bersiaran agak lambat, disebabkan kesibukan menjaga anak-anak. seperti yang dijanjikan semalam ibu nak buat lempeng kan.. so hari tertunai jugak. Lempeng kelapa dimakan bersama rendang ayam dan secawan teh tarik. Nica kan suka makan, banyak giler dia makan.
Senang jer nak buat lempeng kelapa ni . Bahan-bahannyer tepung gandum, kelapa parut, air kelapa, garam dan sedikit gula (kalau tak nak masuk pon tak per). kemudian satukan semua, panas kuali leper, sapukan sedikit minyak di atas kuali dan letak adunan tadi.Masak sehingga kekuningan seperti gambar di atas.Dan boleh la dihidang bersama rendang ayam.
No comments:
Post a Comment