Wednesday 10 October 2012

Happy Besday Aneesa Safia Dan Annatasya Safia

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Rasanyer dah seminggu ibu tak update blog ibu disebabkan kesibukan yang teramat sangat sampai tak idea nak update. Pada 6 Oktober 2012 ada hari ulangtahun Aneesa Safia yang ke 4. Sekejap jer dah 4 tahun anak ibu, dah besar kamu yer. Kebetulan adik Annatasya Safia pun lahir bulan Oktober jugak.  Kalau ikutkan Besday Annatasya Safia 22 Oktober 2012 yang ke-2, dah pandai cakap yer adik dan dah pandai menyakat kakak. Untuk memudahkan kerja ibu, So ibu sekalikan sajer sambutan ulangtahun kamu berdua.Ibu buat secara kecil-kecilan jer, just panggil kawan-kawan nica yang tinggal area rumah opah. Sempena besday kamu berdua ..Happy Besday untuk puteri-puteri kesayangan ibu.Semoga kamu berdua dipanjangkan usia dan menjadi anak-anak yang solehah serta berjaya dalam apa jua bidang yang kamu ceburi nanti. itulah doa ibu setiap hari untuk kamu berdua..

 Ini kek yang ibu tempah jer kat kedai Kek Azarita di Parit Buntar. pada mulanyer Nica cakap nak kek sorang sebiji macam tahun lepas. tapi ibu cakap kita buat sebiji sudah la tapi saiz besar. pastu hasil pujukan ibu, nica pon bersetuju. kek ni Nica yang pilih sendiri. Comelkan, gambar bertemakan musalimah. Nica suka mata dia besarkan...
 Ini pulak goodies bag last minit yang ibu dapat sediakan, disebabkan kesibukan ibu yang teramat.
 Popia Goreng, sambal ibu tak letak sekali disebabkan untuk budak-budak kan..so ibu asingkan sambalnyer. sape nak boleh la amik sambal. Nanti kalau disekalikan menangis pulak budak-budak yang tak tahan pedas..
 samosa yang tak berapa nak cantik, disebabkan kekalutan masa membuatnyer..hihihikk..tapi tetap habis :P. Ibu suka sangat kalau menjamu budak-budak. Suka tengok depa makan pastu dia komplen yang pelbagai. apa yang dihidang depa belasah.
 Ini bihun goreng yang dimasak oleh Opah Nica dan Anna. ibu tak sempat nak mengoreng so mintak tolong Opah yang masakkan.




Laksa penang, yang ini ibu masak tau, lupa pulak nak amik gambar dengan kuahnyer sekali. hari tu ibu just masak benda-benda yang simple jer.
 Nica tengah meniup lilin sambil diperhatikan oleh kawan-kawan.  Nica awal-awal dah pesan kat ibu nak lilin sekali.
 Bersungguh-sungguh nica meniup lilin. Adik Anna tak mo tiup lilin, malu-malu kucing sebab ramai kawan-kawan kot.Anna dok diam-diam jer kat ibu. bagus-bagus bukan senang nak tengok anna dok diam.
 okey sekarang masa untuk memotong kek.
 Yeaaa...Happy Besday..
 Apa la yang dilihat Anna, sampai Boolat biji matanyer.
 Ini menu yang disediakan untuk kawan-nica. lupa nak snap gambar bubur kacang Opah.huhuhu..sorry yer Opah.
 Nica dan Anna dengan kawan-kawan sepermainan sedang menjamu selera. betul ker ayat ibu ni...layan jer la.



 Okey semua sapa nak goodies bag meh beratur...nica tengah bagi bag kat iman, dan kawan-kawan.
Giliran ayah pulak untuk bagi goodies bag.
dok jenguk apa tu Anna, ni mesti tengah dok usyar coklat yang dalam beg tu kan...aaipp..jgn amik, kang babab baru tau, ini utk kawan-kawan.

Nica bersama rabbit hadiah dari angah dan kak Fatihah .
Dah dapat Goodies bag, kawan-kawan nica tapau bubur kacang pulak.
tengok tu Anna sempat lagi buat peace masa ibu amik gambar.
Anna tengah mengagih coklat kat Iman, yang lawaknyer soalan iman kat Opah Nica masa dapat goodies bag. Iman: Tok teh (panggilan iman kat Opah) tak dak teluq pon dalam beg. Opah: Ni beg bsday kak nica, kalau beg kenduri ada la telur...hahaha, lawak la budak2..sekian, entry yang sgt panjang selepas sekian lama tak update..amik kau..hihihikk

2 comments: